Tuesday, January 16, 2007

The Last Man Standing



Pada tanggal 13 Januari 2007, Penan menjadi insan terakhir meninggalkan bumi Australia untuk pulang ke Malaysia. Dia mengisytiharkan kepulangannya ke Malaysia merupakan kepulangan yang tidak sedap hati. Banyak urusan yang tidak selesai ditinggalkan di negara Koala ini. Yang lebih menyedihkan, terdapat beberapa aset kesayangannya terkorban sewaktu ekspedisinya ke bumi Kiwi selama dua (2) minggu. Sewaktu kami menghantar Penan ke lapangan terbang, pelbagai bebelan disuarakan. Penan hanya mampu menjerit kecilan untuk melepaskan ketidakpuas hatiannya itu...arrr, arrr, arrr!!!

Walaupun penuh dengan kegusaran, Penan berpuas hati kerana memperolehi pengalaman hasil daripada ekspedisinya ke New Zealand. Suatu yang mungkin aku sendiri tidak dapat peroleh buat masa terdekat ini. Pelbagai cabaran dan aktiviti yang dilaksanakan semasa berada di sana. Dengan pembelanjaan mencecah lebih daripada AUD 2000, aktiviti seperti ‘bungy jumping’ dan ‘rafting’ menjadi pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Kalau rakan-rakan nak bertanya tentang pengalamannya bolehlah menghubungi Penan. Tapi aku nasihatkan jangalah hubunginya buat masa terdekat ini kerana mungkin dia sibuk menguruskan penghijrahannya ke bumi Johor Bahru. Penan ke sana untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan untuk tahun ketiga sama seperti aku. Cumanya aku masih berpijak di bumi Melbourne.

Baiklah takat ini dulu lah. Nantikan posting aku seterusnya.